Salam kepada seluruh warga pelajar Fakulti Undang-Undang. Memandangkan tidak lama lagi peperiksaan akhir bakal menjelma bermula 25 jun 2012, maka Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dengan kerjasama semua kelab-kelab dalaman Fakulti Undang-Undang akan mengadakan Majlis Solat Hajat Fakulti Undang-Undang Jun 2012. Berikut adalah butiran majlis solat hajat tersebut:
Tarikh: 8 jun 2012
Tempat: Pusat Islam UiTM (Masjid Tuanku Mizan)
Masa: 6.30 Petang
Oleh yang demikian, kami dengan berbesar hati ingin menjemput seluruh warga fakulti Undang-Undang untuk menghadiri majlis solat hajat ini agar kita sama-sama dapat memanjatkan setinggi-tinggi harapan dan doa kepada Allah s.w.t untuk kelancaran ketika menjawab peperiksaan akhir dan juga untuk keputusan peperiksaan yang terbaik buat kita semua, insyaAllah.
p/s: “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)"
No comments:
Post a Comment