Wednesday 30 May 2012

Solat Hajat Fakulti Undang-Undang 2012

Salam kepada seluruh warga pelajar Fakulti Undang-Undang. Memandangkan tidak lama lagi peperiksaan akhir bakal menjelma bermula 25 jun 2012, maka Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dengan kerjasama semua kelab-kelab dalaman Fakulti Undang-Undang akan mengadakan Majlis Solat Hajat Fakulti Undang-Undang Jun 2012. Berikut adalah butiran majlis solat hajat tersebut:

Tarikh: 8 jun 2012
Tempat: Pusat Islam UiTM (Masjid Tuanku Mizan)
Masa: 6.30 Petang

Oleh yang demikian, kami dengan berbesar hati ingin menjemput seluruh warga fakulti Undang-Undang  untuk menghadiri majlis solat hajat ini agar kita sama-sama dapat memanjatkan setinggi-tinggi harapan dan doa kepada Allah s.w.t untuk kelancaran ketika menjawab peperiksaan akhir dan juga untuk keputusan peperiksaan yang terbaik buat kita semua, insyaAllah. 

p/s: “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)"

Survival Mahasiswa UiTM 2012

PENGUMUMAN PENTING UNTUK PELAJAR


PROGRAM SURVIVAL MAHASISWA UiTM 2012


KEPADA SEMUA PELAJAR 

1) BLS (HONS)
SEMESTER 1,2,3,5,6.
PELAJAR SEMESTER 4 DIKECUALIKAN
KERANA TELAH MENGIJUTI PROG TERSEBUT

2) LLB (HONS)
SEMESTER 1 DAN 2

DIWAJIBKAN UNTUK MENGHADIRI
PROGRAM SURVIVAL MAHASISWA 2012
YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT

TARIKH: 4 JUN 2012
MASA: 1.30 PTG - 5 PTG
TEMPAT: DATC

KESEMUA KELAS SESI PETANG PADA TARIKH BERKENAAN ADALAH DITUNDA

KEHADIRAN DI DATC AKAN DIAMBIL MENGGUNAKAN SISTEM LOG IN ONLINE
KESEMUA MEREKA YANG TERLIBAT DIWAJIBKAN HADIR

ARAHAN
PROF MADYA DATIN PADUKA SAUDAH SULAIMAN
DEKAN FAKULTI UNDANG - UNDANG

`SMFUU



p/s: Harap semua pelajar Fakulti undang-Undang yang terlibat dapat memberikan kerjasama untuk mengahdirkan diri ke program ini. Kerjasama anda adalah amat dihargai

Tuesday 15 May 2012

Welcoming Post

Salam. Hai semua! Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke blog kami di mana segala aktiviti yang telah dilakukan oleh fakulti akan di paparkan di blog ini untuk tatapan dan pengetahuan semua. Enjoy!