Saturday 18 August 2012

Salam Aidil Fitri daripada pengurusan SMFUU

Dari pengurusan SMFUU kami menyusun 10 jari memohon kemaafan di hari mulia andai ada terkasar bahasa dan tersilap tutur bicara. Moga ukhwah yang terjalin akan berkekalan. Salam Aidil Fitri, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin :) 
Taqaballah minna wa minkum. 
Moga Ramadhan 1433H bukanlah ramadhan terakhir buat Kita.

"Let's write all the mistakes down in the sand
And let the wind of forgiveness erase it away"

Thursday 2 August 2012

Iftar Jama'ie Asasi Undang-Undang & Forum "Cabaran, Remaja & Ramadhan"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua pelajar Asasi Undang-undang ( PI007 & PI005 ), pada 6 Ogos 2012 akan diadakan majlis Iftar Jama'ie Asasi Undang-Undang & Forum "Cabaran, Remaja & Ramadhan" anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang. Majlis Iftar Jama'ie ini juga akan disertai oleh anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus. Berikut adalah butiran untuk majlis berbuka puasa ini:

Tarikh: 6 Ogos 2012
 Masa: 4.00petang - 10.00malam
Tempat: Masjid Tuanku Mizan
*pengangkutan akan disediakan untuk pelajar-pelajar Kolej Mawar pulang.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi:
Zufar: 013-8237833
Safwah: 012-2593083

Panel jemputan adalah gandingan Ustaz Hariri Mohamad Daud dan Aiman Azlan. Pelajar-pelajar dijemput menghadiri majlis Iftar Jama'ie & forum ini. InsyaAllah, pelajar-pelajar akan mendapat ilmu yang berguna dalam forum yang diadakan.