Biro
media dan publisiti merupakan antara biro yang terdapat di dalam organisasi
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang. Biro ini bertanggungjawab dalam
menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan poster, banner, video, gambar dan
sebagainya. Kadangkala biro ini akan berkerjasama dengan biro komunikasi dan
jaringan untuk membantu dalam sesebuah hebahan berita di fakulti.
Sepanjang
semester pertama bagi tahun 2012, terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan
oleh ahli-ahli biro media dan publisiti. Aktiviti pertama ialah dengan
merancang dan melakar pelekat kenderaan bagi pelajar LLB(Hons) yang membawa
kenderaan ke fakulti. Rekaan logo pelekat kenderaan ini telah pun dihantar
kepada Dekan fakulti dan masih menunggu persetujuan daripada beliau.
Selain
itu, pihak kami juga telah menguruskan sesi fotografi untuk setiap kelas dan
batch bagi setiap semester. Alhamdulillah sesi ini telah berjalan dengan
jayanya hasil kerjasama biro kami dan juga biro komunikasi dan jaringan. Sesi
fotografi ini telah berlangsung satu minggu bermula dari 8 Mei 2012 sehingga 14
Mei 2012. Komitmen yang telah diberikan oleh setiap pelajar juga adalah baik.
Bukan
itu sahaja, pihak kami telah melakar dan mereka banner selamat maju jaya untuk
peperiksaan akhir semester 2012 yang bakal berlangsung lebih kurang satu bulan
dari sekarang. Rekaan banner tersebut telah dihantar kepada Dekan fakulti dan
memerlukan sedikit perubahan sebelum ia dicetak. Pihak kami masih sedang
berusaha untuk memperbaiki rekaan tersebut.
Akhir
sekali, pihak kami telah membuat laman twitter baru iaitu “@smfuuofficial” bagi
memudahkan para pelajar untuk mengetahui sebarang maklumat terkini berkenaan
fakulti. Pihak kami juga masih mengekalkan laman Facebook yang sedia ada iaitu
“Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang” untuk semua pelajar menghebahkan
sebarang berita atau meninggalkan sebarang pertanyaan.
Sekian
laporan aktiviti Biro Multimedia dan Publisiti bagi semester pertama tahun
2012.
p/s: Laporan ini disediakan oleh Exco Multimedia dan Publisiti, Nor Aliaa Binti Riad. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa dan terikini daripada kami melalui blog ini dan juga melalui facebook serta twitter SMFUU! :)
p/s: Laporan ini disediakan oleh Exco Multimedia dan Publisiti, Nor Aliaa Binti Riad. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa dan terikini daripada kami melalui blog ini dan juga melalui facebook serta twitter SMFUU! :)
No comments:
Post a Comment