Exco Fasiliti dan Tugas-Tugas Khas
merupakan salah satu biro di bawah Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang
(SMFUU) yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas-tugas untuk menaiktaraf
fasiliti di Fakulti Undang-Undang demi kebajikan para pelajar dan para pengajar
fakulti tersebut.
Antara masalah utama yang dihadapi
oleh para pelajar dan para pengajar Fakulti Undang-Undang adalah masalah
kekurangan makanan. Saiz kafe yang agak kecil, tidak mampu untuk menampung
bilangan pelajar dan pengajar yang ramai di Fakulti Undang-Undang, terutamanya
pada waktu makan tengah hari. Di samping itu, Fakulti Undang-Undang juga
terletak agak jauh daripada tempat-tempat yang mudah untuk membeli makanan
seperti Dataran Cendekia dan ini menyukarkan para pelajar untuk membeli
makanan. Oleh itu, Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMFUU) mengambil
langkah inisiatif dengan menjalankan kerjasama bersama pihak Syarikat Nestle
untuk meletakkan mesin jualan (“vending machine”) minuman dan makanan di
Fakulti Undang-Undang. Exco Fasilti dan Tugas-Tugas Khas telah diamanahkan
oleh Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMFUU) untuk melaksanakan tugas
tersebut. Selepas permohonan untuk meletakkan mesin jualan (“vending machine”)
telah dipersetujui oleh pihak Syarikat Nestle dan Dekan Fakulti Undang-Undang,
kami telah bekerjasama bersama Exco Keusahawan membentangkan kertas kerja ke
Unit Urus Niaga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sehingga kini kami
masih lagi menanti jawapan daripada pihak Unit Urus Niaga berkenaan permohonan
tersebut.
Selain itu, kami juga turut
melakukan pemeriksaan tandas para pelajar Fakulti Undang-Undang berikutan
aduan-aduan yang telah diterima mengenai kerosakan tandas dan tahap kebersihannya
yang agak rendah. Hasil daripada pemeriksaan yang telah dilakukan kami mendapati
terdapat pelbagai kerosakan di setiap tandas terutamanya tandas pelajar di bangunan
Cempaka 1.
Seterusnya, kami juga telah
menyiapkan buku Rekod Laporan Penggunaan ‘Common Room’ untuk kemudahan urusan
penyerahan ‘Common Room’ kepada persatuan-persatuan yang lain seperti ‘Law
Society’ dan ‘Moot Club’. Common Room merupakan sebuah bilik yang boleh
digunakan oleh para pelajar dan para pengajar Fakulti Undang-Undang untuk
melakukan pelbagai aktiviti mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh
persatuan-persatuan tersebut.
Tugas kami yang terakhir adalah
melakukan pemeriksaan penyejuk dan pemanas air (‘water dispencer’) di setiap
bangunan Cempaka.Jumlah keseluruhan penyejuk
dan pemanas air (‘water dispencer’) yang tidak boleh digunakan agak besar
terutamanya di bangunan Cempaka 2. Di samping itu, kebanyakan penapis penyejuk
dan pemanas air (‘water dispencer’) tersebut turut berada dalam keadaan yang
tidak bersih dah ini mungkin menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja yang
menggunakan air daripada penyejuk dan pemanas air (‘water dispencer’) tersebut. Kami masih dalam usaha membuat aduan fasiliti ke
Unit Fasiliti Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan menggunakan
kaedah surat dan juga e-Aduan melalui Student Portal UiTM. Sekian.
p/s: Laporan ini disediakan oleh Exco Fasiliti dan Tugas-Tugas Khas, Uza Najiera Binti Mohd Anuar. Untuk makluman semua, SMFUU masih lagi dalam rangka kerja untuk memberikan improvisasi terhadap pelbagai fasiliti dan kemudahan di Fakulti Undang-Undang. Selain itu, semua pelajar juga adalah dipelawa untuk menggunakan kemudahan Common Room. Untuk tempahan bilik tersebut, bolehlah berhubung dengan Exco Fasiliti dan Tugas-Tugas Khas ini sendiri dan juga sub-sub exconya.
p/s: Laporan ini disediakan oleh Exco Fasiliti dan Tugas-Tugas Khas, Uza Najiera Binti Mohd Anuar. Untuk makluman semua, SMFUU masih lagi dalam rangka kerja untuk memberikan improvisasi terhadap pelbagai fasiliti dan kemudahan di Fakulti Undang-Undang. Selain itu, semua pelajar juga adalah dipelawa untuk menggunakan kemudahan Common Room. Untuk tempahan bilik tersebut, bolehlah berhubung dengan Exco Fasiliti dan Tugas-Tugas Khas ini sendiri dan juga sub-sub exconya.
assalamualaikum, salam sejahtera..
ReplyDeletesy ada membekalkan pkhidmatan vending mesin air tin dan bminat utk meletakkan mesin tbut di tmpt pihak tuan.. boleh sy tau bgaimana prosedurnya? sekian,t.kasih.