Urusan zakat
Perbincangan dengan Ustazah Zulaikha dari pihak Pusat
Pemikiran dan Kefahaman Islam berkaitan
proses dan prosedur permohonan zakat bagi mahasiswa-mahasiswa fakulti yang
berkelayakan. Biro kebajikan bercadang untuk membantu mahasiswa memohon dengan
menyediakan beberapa kemudahan dan semua perancangan hanya boleh dimulakan pada
semester hadapan.
Kafe fakulti
Mengadakan mesyuarat bersama pengusaha kafe yang turut disertai 3 pensyarah yang juga penasihat SMFUU dengan kerjasama dari
Biro Penyelidikan (R&D). Beberapa persetujuan utk penambahbaikan telah
dipersetujui dan beberapa perubahan dapat dilihat sendiri di kafe tersebut.
Program dalaman SMFUU
Menganjurkan aktiviti
pot luck pada 1 Mei 2012 bagi mengeratkan hubungan antara ahli SMFUU
yang turut melibatkan penasihat. Program dianjurkan dengan kerjasama Biro
Kerohanian dan Bendahari.
p/s: Laporan ini disediakan oleh Exco Kebajikan, Muhammad Syadzuwan bin Noor Adzman. Sebarang cadangan untuk meningkatkan lagi mutu penjagaan kebajikan pelajar Fakulti Undang-Undang adalah amat dialu-alukan.

No comments:
Post a Comment